Isnin, 18 Jun 2012

Mengapa kahwin awal pouplar sekarang??

Kahwin awal?? Kahwin awal biasanya berlaku pada zaman mak kita muda-muda dahulu tetapi pada era zaman 2020, kahwin awal sudah menjadi lumrah dalam masyarakat kita sekarang. Mengapa semua ini berlaku?? Mereka tak pernah fikir kew yang sekarang ini pelajaran dan wang adalah penting untuk hidup. Mungkin diorang fikir bila sudah dikahwini segala perbelanjaan hidup lelaki yang akan tanggung tapi itu pun kalau dapat lelaki yang kaya-raya. Cuba dapat lelaki yang hanya bekerja sebagai pekerja kilang. Dalam isu ini, meera bukan nak memperlekehkan lelaki yang kerja sebagai pekerja kilang cuma meera tak faham mengapa semua ini berlaku pada zaman sekarang. Meera banyak dengar daripada kawan-kawan meera mengenai kahwin awal ini. Bagi meera, kahwin awal ini hanya merugikan masa kita sebab bila seseorang perempuan yang sudah berkahwin, wajiblah dia mengikut segala perintah suaminya. Padahal seusia kita dalam likungan 17 tahun ke atas kita boleh melakukan pelbagai kerja tetapi bila kita sudah berkahwin, kerja yang kita mahu lakukan sudah terhad. Meera tengok parents zaman sekarang pun macam setuju bila anak mereka nak kahwin but parents meera bukan macam itu sebab bagi family meera, pelajaran lagi penting dari semua ini. Family meera bukan mengongkong hidup meera tapi ia hanya untuk kebaikan meera sendiri di masa hadapan. Sepupu meera juga ramai yang kahwin dalam usia 24 tahun. Pensyarah meera pun ada cakap umur yang sesuai untuk kahwin time umur kita 23 or 24 tahun. 25 tahun sudah terlalu lambat. Meera cuma nak cakap jer. Perkahwinan ini bukan perkara main-main kerana ia membina sebuah masjid yang akan kekal selamanya so, sebelum kahwin itu fikirlah dulu. Janganlah terlalu ikut hawa nafsu semata-mata.

1 ulasan:

  1. satu je aku nk cakap, kahwin awal ke lambat ke, tu semua dah tertulis kat takdir kite. elak macamne pon , kalau da namenye kene kalau kahwin awal, mmg awal jugak la. pelajaran tu mmg penting, tapi lepas kahwin kan boleh belajar lagi. nak seribu daya , taknak seribu dalih. betul tak ? haha.kbai

    BalasPadam