Isnin, 18 Jun 2012

Mengapa kahwin awal pouplar sekarang??

Kahwin awal?? Kahwin awal biasanya berlaku pada zaman mak kita muda-muda dahulu tetapi pada era zaman 2020, kahwin awal sudah menjadi lumrah dalam masyarakat kita sekarang. Mengapa semua ini berlaku?? Mereka tak pernah fikir kew yang sekarang ini pelajaran dan wang adalah penting untuk hidup. Mungkin diorang fikir bila sudah dikahwini segala perbelanjaan hidup lelaki yang akan tanggung tapi itu pun kalau dapat lelaki yang kaya-raya. Cuba dapat lelaki yang hanya bekerja sebagai pekerja kilang. Dalam isu ini, meera bukan nak memperlekehkan lelaki yang kerja sebagai pekerja kilang cuma meera tak faham mengapa semua ini berlaku pada zaman sekarang. Meera banyak dengar daripada kawan-kawan meera mengenai kahwin awal ini. Bagi meera, kahwin awal ini hanya merugikan masa kita sebab bila seseorang perempuan yang sudah berkahwin, wajiblah dia mengikut segala perintah suaminya. Padahal seusia kita dalam likungan 17 tahun ke atas kita boleh melakukan pelbagai kerja tetapi bila kita sudah berkahwin, kerja yang kita mahu lakukan sudah terhad. Meera tengok parents zaman sekarang pun macam setuju bila anak mereka nak kahwin but parents meera bukan macam itu sebab bagi family meera, pelajaran lagi penting dari semua ini. Family meera bukan mengongkong hidup meera tapi ia hanya untuk kebaikan meera sendiri di masa hadapan. Sepupu meera juga ramai yang kahwin dalam usia 24 tahun. Pensyarah meera pun ada cakap umur yang sesuai untuk kahwin time umur kita 23 or 24 tahun. 25 tahun sudah terlalu lambat. Meera cuma nak cakap jer. Perkahwinan ini bukan perkara main-main kerana ia membina sebuah masjid yang akan kekal selamanya so, sebelum kahwin itu fikirlah dulu. Janganlah terlalu ikut hawa nafsu semata-mata.

Sabtu, 16 Jun 2012

Lumrah hidup seorang mahasiswa di minggu pertama

Ok guys!!!
Abaikan background gambar meera kat belakang tu. Yang important nyer gambar tu selama meera jadi mahasiswa and senior untuk sem 2 ni. Kira baru gak lar. Meera cuma nak cakap selama meera jadi mahasiswa pada sem ni memang memenatkan. masuk kelas jer dah ada pelbagai assignment yang menanti. Nak assignment plak nak cepat jer. Kadang-kadang meera pening nak pikirkan semua assignment ni tapi study punya pasal meera sanggup buat semua tu. Asalkan meera xkena repeat and dismiss. Meera xsanggup and xterima semua tu kalau terjadi pada diri meera. Tapi bagi meera, untuk sem ni subject nyer agak susah sikit dari dulu. Maybe semakin lama semakin susah macam dekat sekolah dulu tapi bagi meera semua itu akan meera tempuhi dengan sabar sebab impian meera semenjak meera bergelar mahasiswa, meera akan tunaikan permintaan parents meera iaitu meera nak dapatkan anugerah dekan (dean's list) untuk setiap semester. Walau bagaimanapun susah dalam sesuatu subject tu meera akan cuba untuk study. Meera akan berperang dengan semua tu. Harap u alls doakan kejayaan meera until meera graduated...

Khamis, 14 Jun 2012

cinta itu indah

Apa itu cinta?? Cinta itu ialah perasaan yang lahir dari hati seseorang itu. Cinta takkan datang dengan keterpaksaan dan dipaksa. Cinta memang cukup indah bila ada seseorang yang mencintai diri kita dengan seikhlas hati tetapi sekarang manusia banyak memperlekehkan perasaan cinta ini. Ramai mengatakan cinta boleh melalaikan seseorang itu tetapi bagi meera cinta akan melalaikan kita bila kita tidak pandai menguruskan masa kita dengan cinta dan kehidupan. Kehidupan pun berkait rapat dengan cinta kerana daripada cinta lah baru terlahirnya sebuah kehidupan yang sempurna. Cinta tidak semestinya kepada manusia tetapi cinta kepada Allah yang paling utama dalam kehidupan kita. Bagi meera cinta kepada Allah yang paling utama. Seterusnya, barulah keluarga, kawan-kawan dan pasangan yang boleh membahagiakan kita. Meera sudah merasa perasaan cinta itu tetapi bagi meera cinta ini memang indah. Meera juga sedih bila ada orang yang tidak bernasib baik dengan cinta. Kawan-kawan meera banyak yang tewas dalam percintaan. Semua ini boleh terjadi jika kita tidak pandai menjaganya. Kadangkala meera tengok ada juga kawan meera yang sudah bertungkus lumus menjaganya tetapi ada orang lain yang sanggup memporak-peranda kan hubungan seseorang itu. Tidakkah anda ingin melihat hubungan yang bahagia?? Manusia semuanya jealous bila melihat seseorang itu bahagia. Allah tidak mengajar kita untuk bersikap busuk hati sesama manusia.

Ahad, 3 Jun 2012

sweet memory with my cousin

today, meera dengan sepupu meera pergi jalan-jalan dekat JUSCO, Rawang. Sepanjang meera cuti semester 2 bulan, inilah kali pertama meera keluar. Macam kesian kan tapi meera tak kesah pun dengan semua itu. Meera faham ayah meera busy kerja tak dapat nak bawak meera keluar jalan-jalan. Ayah meera kerja pun untuk cari duit keluarga meera juga. Small matter lah.
Semua boleh selesai bukan tak boleh selesai pun. Tapikan JUSCO itu punyalah besar sampai tak larat meera nak jalan aw. Sakit kaki meera aw lainlah kalau ada troli yang boleh bawak meera jalan-jalan. hehehe.. macam baby tu. senang jadi baby ini kan. tak payah nak susah-susah jalan. duduk saja dalam troli itu.
kalau korang nak tahu, dekat JUSCO itu meera ada nampak satu teddy bear besar aw. Comel sangat!!! bilalah meera nak dapat teddy bear itu dari orang yang meera sayang. Bukan kekasih meera tak pernah bagi pape dekat meera cuma tak best lar nak peluk. Kecik sangat!!! hehehe.. By the way, my hubby.. although you give me the small things for me, I will appreciate..

Sabtu, 2 Jun 2012

Happy family

Meera tengok macam best je kan ada family bahagia macam ini. Bukan maksud meera sekarang ini meera tak bahagia. Meera bahagia sangat-sangat bersama dengan family sekarang ini cuma meera rasa macam nak ada family sendiri. Contohnya, meera nak ada baby sendiri tapi terlalu jauh untuk meera memikirkannya sebab usia meera pun muda lagi. Meera baru 19 tahun, mustahil untuk memilikinya sekarang. Memang dalam usia meera ini sudah boleh berumah tangga tapi itu semua zaman atok nenek moyang kita sahaja. Sekarang ini zaman sudah maju, kita perlu belajar dahulu kemudian barulah tunaikan segala imipian kita selama ini. My mum said " belajar dahulu,biar ada duit poket sendiri barulah fikir pasal semua ini".

Jumaat, 1 Jun 2012

lukisan

Sekali pandang mesti nampak macam real kan tapi ini hanya lukisan semata-mata. Pandai and kreatif diorang buat semua ini. Meera yang budak art and design time sekolah dulu pun tak sehebat ini. Lukisan ini semua terdapat di luar negara. First time meera tengok benda ini meera tak percaya yang ini hanya lukisan tapi bila meera membaca artikel pasal lukisan ini baru meera percaya. Family meera pun terkejut bila melihat lukisan ini. Memang terbaik lar !!! Macam mana yer diorang buat semua ini??? Luar biasa..

my old friend

Sudah hampir 2 tahun meera meninggalkan zaman persekolahan meera. Semuanya yang terindah bagi meera kerana korang semua memang terbaik. Kita bersama dari form 1 until form 5 but tiada sekelumit perasaan bnci dalam diri ini untuk korang. Bila meera melihat kembali gambar zaman persekolahan kita dahulu. Meera teringat semua kenangan kita bersama. Susah senang kita mengahadapi cabaran di saat-saat peperiksaan yang amat menggerunkan (SPM). Kita bersama-sama berusaha di dalam kelas 5 Ali. Walaupun kelas kita banyak buat masalah sehinggakan cikgu-cikgu fed up untuk mengajar kita tetapi akhirnya semua pelajar kelas 5 Ali berjaya menyambungkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Siapa kata kelas kami tidak boleh berjaya?? Walaupun kami nakal tapi kami semua TAK BODOH. Sayang korang semua.