Khamis, 14 Jun 2012

cinta itu indah

Apa itu cinta?? Cinta itu ialah perasaan yang lahir dari hati seseorang itu. Cinta takkan datang dengan keterpaksaan dan dipaksa. Cinta memang cukup indah bila ada seseorang yang mencintai diri kita dengan seikhlas hati tetapi sekarang manusia banyak memperlekehkan perasaan cinta ini. Ramai mengatakan cinta boleh melalaikan seseorang itu tetapi bagi meera cinta akan melalaikan kita bila kita tidak pandai menguruskan masa kita dengan cinta dan kehidupan. Kehidupan pun berkait rapat dengan cinta kerana daripada cinta lah baru terlahirnya sebuah kehidupan yang sempurna. Cinta tidak semestinya kepada manusia tetapi cinta kepada Allah yang paling utama dalam kehidupan kita. Bagi meera cinta kepada Allah yang paling utama. Seterusnya, barulah keluarga, kawan-kawan dan pasangan yang boleh membahagiakan kita. Meera sudah merasa perasaan cinta itu tetapi bagi meera cinta ini memang indah. Meera juga sedih bila ada orang yang tidak bernasib baik dengan cinta. Kawan-kawan meera banyak yang tewas dalam percintaan. Semua ini boleh terjadi jika kita tidak pandai menjaganya. Kadangkala meera tengok ada juga kawan meera yang sudah bertungkus lumus menjaganya tetapi ada orang lain yang sanggup memporak-peranda kan hubungan seseorang itu. Tidakkah anda ingin melihat hubungan yang bahagia?? Manusia semuanya jealous bila melihat seseorang itu bahagia. Allah tidak mengajar kita untuk bersikap busuk hati sesama manusia.

0 ulasan:

Catat Ulasan